Assalamualaikum cinta.

perkongsian ilmu dan pengalaman secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pembaca. :)

Tuesday 29 January 2013

#Maulid(BirthDayOfProphetMuhammadP.B.U.H.)&KhususiyyahBagindaS.A.W.


Assalamualaikum warahmatullah kpd uols smua yg pop in kt blog abemat ni, thnx bnyk2 n moga korang semua mendapat manfaat darinya insyaAllah... seperti yg korang semua tau (kalau tahu la) hari ni kita still dlm bulan rabi'ulawwal iaitu bulan kelahiran Nabi kita yg terchinta, Nabi Allah Muhammad S.A.W. Dah menjadi tradisi kita utk menyambut maulid aka maulidurrasul pda bulan ini sebagai tanda kesyukuran kita atas  kelahiran nabi kita ini, tanpa baginda, tak akan tersampai lah Islam kepada kita semua, sebab itu la ulama'2 menggalakkan kita menzahirkan kesyukuran kita itu dengan perbanyakkan membaca quran, perbanyakkan selawat kpd baginda, berqasidah, dan bersedekah (e.g majlis makan2 atau kesyukuran). Adalah SALAH bagi pihak yg berpendapat bahawa sambutan maulidurrasul adalah haram atas alasan bid'ah (nabi x buat). According to ustaz abdul aziz lubuk tapah (Jan 23, 2013), sambutan ini bukan bid'ah kerana org yg pertama yg menyambut kelahiran Rasulullah adalah Nabi Muhammad sendiri. Manusia yg mempersoalkan "kenapa perlunya menyambut kelahiran Rasulullah ini?" soalan ini seolah-olah manusia itu bertanya "kenapa kita perlu mencintai Rasulullah dan mensyukuri kelahiran baginda?". So, sebelum kita berkata2 berfikir la terlebih dahulu, jika still musykil pasal sesuatu benda tu, rajin2kanlah cari ilmu, ini lah masalah melayu kita sekarang, MALAS! kenapa xboleh luangkan sedikit masa utk hadir ke kuliah maghrib di mana2 msjid? Alasan klishe: time tu la nak rehat bersama keluarga, time tu la nk tgk berita tv1 tv2 tv3 or whatever tv kalau x ketinggalan pasal isu-isu semasa. Hmmm teroknya alasan kn?,, Dalam dunia ni je la kita berpeluang beramal soleh wahai saudara ku, so piki2kan la, berebut la utk beramal dan mencari seberapa banyak ilmu utk bekalan akhirat nnti supaya tidak menyesal di akhirat esok. Btw, tujuan abemat update blog ni utk list kan sedikit drpd kelebihan-kelebihan Nabi kita yang terchinta Nabi Muhammad SAW sempena bulan maulid ini. Semua list ni abemat peroleh drpd kuliah maghrib kt Masjid Salor Kelantan dan Ustaz yg in charge ialah Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz Lubuk Tapah. ni dia antara KELEBIHAN-KELEBIHAN (KHUSUSIYAH) RASULULLAH :-

  • Mata baginda boleh tengok apa yang manusia biasa tak boleh tgk. e.g: Rasulullah saw pernah bersabda dimana baginda dapat melihat tidak ada pon ruang kat langit sebesar 4jari kita yang kosong kecuali ianya dipenuhi dengan malaikat yg setia bersujud kepada Allah SWT.
  • Begitu juga dgn pendengaran baginda, Rasulullah dpt mendengar apa yg manusia xdpt dgr. 
  • Kelebihan pada suara baginda, suara baginda Muhammad SAW begitu kuat sampaikan apabila baginda berkhutbah di masjid dimana pada masa tu tiada microphone, amplifier and speaker,, anak-anak dara dan wanita2 yang berada dirumah masing2 yg jauh drpd masjid itu dpt mendengar dan seterusnya mendapat pengajaran daripada khutbah baginda.
  • Kelebihan pemikiran ataupon 'aql Rasulullah SAW, berkata seorang ulama': sesungguhnya Allah Taala tak memberi kepada sekalian manusia drpd mula-mula dunia ni dicipta hingga kiamat, akal fikiran seperti akal Nabi Muhammad SAW, dimana kalau diibarat kn sebutir pasir dipantai tu ialah akal seorang manusia, maka akal baginda SAW ialah seluruh pasir dipantai. Betapa hebatnya pemikiran nabi kita ini, sbb itu lah kita sepatutnya mencontohi sunnah Rasulullah dlm hidup kita dlm berpolitik, bersosial, dan bermu'amalah.
  • Kelebihan peluh Rasulullah SAW, Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) ditempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yg mengalir itu. Rasulullah SAW terjaga lalu bersabda, "Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?" Dia menjawab: "Peluh ini akan aku jadikan minyak wangi aku, ia adalah wangian yang paling mengharumkan!".
  • Kelebihan ketinggian baginda. Menurut satu riwayat, ketinggian nabi adalah sederhana atau pertengahan (tinggi pun cukup2 rendah pun tak) apabila baginda berseorangan. Tetapi, apabila terdapat sahabat disebelah baginda walaupon pada biasanya sahabat itu tinggi, baginda tetap tampak paling tinggi drpd sahabat2 disekelilingnya.
  • Kelebihan baginda dimana apabila baginda SAW berjalan di bawah matahari atau bulan, tiada kelihatan bayang-bayang baginda. Kenapa tiada bayang-bayang, adapun sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah Nuur (cahaya), maka tiadalah bayang jika cahaya bertemu cahaya, MasyaAllah. Dalam Al-Quran, Nabi Muhammad digelar sebagai Sirajam Munira (33:46) iaitu cahaya yang menerangi.
  • Seterusnya, sebagaimana korang tahu, Nabi kita Ma'sum iaitu Allah memelihara baginda drpd melakukan dosa. Allah SWT menjaga baginda sejak kecil lagi iaitu sebelum baginda dibangkitkn menjadi rasul, ketika baginda masih kanak-kanak, baginda ditidurkan Allah jika baginda tercenderung melakukan kecelaan.
  • Pengkhususan Nabi Muhammad SAW yg seterusnya ialah, tiada pon seekor lalat yang hinggap pada tubuh baginda. Di sini kita dpt lihat betapa suci nya baginda and betapa Allah pelihara kekasihNya ini.
  • Satu hari selepas baginda bertahallul (bercukur), baginda membahagi-bahagikan rambut baginda kepada para sahabat termasuk Khalid Al-Walid, maka Khalid Al-Walid menyimpan rambut baginda itu di dalam topi perangnya, dengan berkat rambut td, semua peperangan yang diikuti Khalid Al-Walid tidak ada satu pun kekalahan. Itulah kelebihan dan berkatnya rambut baginda SAW.
  • Diriwayatkan pada satu ketika, Nabi Muhammad SAW berbekam, dan lepad tu bginda menyuruh sahabatnya, Abdullah Bin Zubir supaya membuang darah bekamnya ditempat dimana tiada manusia pon boleh nampak. Lalu Abdullah bin Zubir keluar lalu meminum darah itu. Setelah kembalinya ke pangkuan baginda, maka baginda bersabda, "Apa yang telah engkau lakukan wahai Abdullah?", maka dia menjawab, "Aku telah membuang darahmu ditempat tiada seorang manusia pon nampak". Maka nabi bersabda, "Barangkali engkau telah meminum darah itu", maka dia menjawab, "Betul ya Rasulullah, aku telah meminumnya", kemudian nabi bersabda, "Sesungguhnya tiada manusia yang dapat mengatasimu". Selepas kejadian itu, tiada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan Abdullah bin Zubir dari segi kekuatan. Dari kisah ini, kita dpt simpulkan bahawa tidak semestinya apa-apa yang Nabi SAW tak perintah buat adalah haram.
  • Seterusnya, Nabi Muhammad SAW dikurnia kekuatan bersamaan 30 lelaki.
  • Seterusnya pada bahan kumuh Rasulullah, sesungguhnya bumi menelan semua bahan kumuh baginda sehingga tiada seorang pun yang pernah melihatnya.
Oooook, abemat rasa cukup la setakat ini list khususiyyah-khususiyyah baginda Muhammad SAW. Ada baaaaanyak lagi kelebihan Rasulullah kalau nk disebut kan semua disini mmg xlarat la abemat, kalau korang nk tahu lebih, rajin2 la cari ilmu ye, hadirlah kuliah2 maghrib ditempat korang masing2 jgn la malas yek!! Wallahua'lam n Wassalam. (:

                                                                                                                                                  -Zidam-

Wednesday 16 January 2013

#HumanRights?Hmm...Listen...Listen...Listen...Listen

assalamualaikum uols.. kaifahaluk? harap2 semua sihat wal 'afiat ye.. abemat alhamdulillah sihat sgt2 n bahagia sgt2 skrg almaklumla cuti semester siapa la yg tak bahagia kn? Abemat update blog ni out of blue bertujuan utk komen sikit pasal isu latest yg terhangat, terpaNaz kt facebook skrg as well as kt twitter smpaikan tergelak sakan abemat ngn reaksi2 manusia regarding this issue. "Isu apo ni abemat?"... eh!!! boleh awak tanya saya? xkn la xtaw isu pasal LISTEN...LISTEN...LISTEN...LISTEN....LISTEN sambil talk to my hand dan tarik mikrofon? Please prepare yourself with the latest issue!!-(nasihat kt diri sendiri huhu). cuba tgk gambar dari Oh Troll - Malaysia ni lawak giler hahahahha:-


pada pandangan suci abemat ni, abemat rasa keberanian bavvani sepatutnya diberi kepujian even abemat sendiri tak mmpoo la nk buat camtu (i salute spring u la). beliau berani voice out ketidakpuasan hatinya dan beliau berani untuk mencari kebenaran contohnya dia nak dptkan penjelasan dari ahli panel, kenapa daripada 200billion pendapatan kasar Malaysia tak boleh tarik sikit at most 10billion untuk pendidikan percuma rakyat 1Malaysia? sedangkan negara seperti Cuba dan Argentina serta Venezuela mampoo memberikan rakyatnya education FOC dari tadika hingga tertiary level?. Tapi setakat tu je bavvani diberi kebebasan bersuara dek kerana di stop oleh kak pah (sharifah zahora jabeen-pelik nama sama mcm perangai). Hujah kak pah selaku Presiden Suara Wanita 1Malaysia sungguh tidak menunjukkan sikap profesionalisme, kenapa?


  • Firstly, kak pah kata, "jangan samakan Malaysia dengan negara lain". why kak pah why? kenapa xboleh bandingkan negara kita dengan negara lain? penduduk malaysia ni alienkah? bagi abemat perbandingan tu valid sbb malaysia ni negara dan penghuni dia manusia sama macam negara lain. dah tu macam mana nak maju? macam mana kita nak tahu apa yang baik dan yang buruk utk negara dan rakyat kita yang tercinta ni?
  • kedua, kak pah dgn lantang nya kata yang bavvani ni have no respect? ye mmg bavvani tu sedikit disrespect tp cuba kak pah tgk balik video 'listen' tu siapa yg trlebih disrespect siapa? bukan kah kurang ajar kalau org bercakap, kita tetiba mencelah dan siap tunjuk sign "talk to my hand" sambil ulang perkataan keramatnya LISTEN...LISTEN...LISTEN dan menarik mikrofon? bukan kah dinamakan kurang pendidikan kepada org yang memalukan individu yang mahu mendapatkan kebenaran dan yang ada hak bersuara dihadapan ratusan atau ribuan manusia? piki2 kan kak pah, shook hand xmenunjukkan respect kt org tu ngeng!
  • then, kenapa kak pah sanggup memalukan bavvani? sampaikan you kata bavvani have least education and cadangkan bavvani tukar universiti? sungguh tak berperikemanusiaan and x profesional nya kau kak pah.. haish sabo je la.
  • last skali yg saya xpuas hati sgt2, kenapa nak bandingkan problem manusia dengan problem binatang? bukankah namanya bodoh jika kita bandingkan spesis lain antara spesis lain? lagipun manusia ni Allah jdkan ia sbg khalifah kt dunia ni utk mentadbir, mempunyai akal dan it is nonsense to compare human with animal kak pah oii.
Oooook, cukup la setakat ni leteran abemat, ni smua ketidakpuasan hati abemat yg diexpresskn melalui keyboard, so, xsemestinya ape yang abemat type ni betul dan terpulang la kepada korang nak piki apa yek.. hmm.. dengan ini abemat minta sgt2 Sharifah Zahora Jabeen utk memohon maaf publicly kepada Miss Bavvani and i hope Miss Bavvani pon sedar dia punya kesilapan. Ni perutusan drpd Saudara Fathi (Vice President 1 SRC IIUM) and banyak lagi perutusan sebegini drpd MPP universiti lain, so kak pah pertimbangkan la ye atas dasar profesionalisme dan kemanusiaan.

                                                                                                                                      -Zidam-